LIZZAJEWELS

LIZZAJEWELS
EMAS ADALAH ALAT UNTUK MENGURUS WANG KERTAS

DINAR ( EMAS 999.9)


 DINAR ADALAH UNIT TIMBANGAN

Dinar Emas
••••••••••••••••••••••
Masyarakat sering mengungkap perkataan dinar dan hanya mengetahui ianya adalah suatu emas. Malangnya mereka kurang memahami secara terperinci apakah itu dinar. Entri kali ini akan kami kongsikan mengenai dinar yang di keluarkan oleh syarikat yang menjual emas dinar.

1dinar = 4.25 gram

Bentuk
•••••••••••••••••••
Dinar adalah berbentuk syiling atau coin yang di perbuat daripada emas. Berat bagi 1 syiling Dinar adalah 4.25gram. Maka dengan mengetahui berat tersebut dapatlah kita bayangkan berapa nilai syiling 1 Dinar dalam matawang Malaysia (atau matawang dunia umumnya).

10sen, 20sen, 50sen
•••••••••••••••••••••••••••••••••••

Seperti duit syiling Malaysia yang bernilai 10sen, 20 sen dan 50sen, syiling dinar juga ditempa dalam pelbagai nilai pada masa kini. Kebanyakannya emas dinar yang dijual di pasaran adalah dalam nilai 1dinar dan 2dinar.

Variasi Dinar yang terdapat di pasaran

Kualiti Dinar
•••••••••••••••••••••••
Harus di ingat, terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan dinar emas yang berlainan kualiti emasnya. Nilai Dinar emas yang tinggi adalah dinar yang mempunyai kualiti yang tinggi. Antara kualiti emas yang berada di pasaran adalah 999.9( 24k), 916 (22k) dan lain-lain. Nombor-nombor ini menunjukkan peratusan kandungan emas yang terkandung dalam syiling dinar. Lagi tinggi peratusannya, lebih mahal nilai syiling dinar tersebut. Di ringkaskan 1 Dinar emas (999.9) lebih tinggi nilai harganya berbanding dengan 1 Dinar (916). Dan sebab itu lah harga dinar dalam pasaran berbeza2..









No comments:

Post a Comment